Hidup ini sebenarnya satu landasan. Landasan yang penuh dengan cerita dan sejarah. Ada yang menceriakan. Ada jugak yang mendukakan. Tapi, itulah keindahan sebenarnya.
Huh... Manusia. Makhluk ini takkan terlepas dari mengeluh. Takkan lari dari mempersoalkan setiap apa yang berlaku. Takkan jemu bertanya "Kenapa semua ini terjadi...?" Takkan lupa berkata "Hidup ini penatlah..."
Sedangkan kita semua tahu Tuhan tak semestinya memberi apa yang kita mahu. Tapi, Tuhan semestinya memberikan apa yang kita perlu. Sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala yang baik atau yang buruk. Tapi, kenapa kita masih mempersoalkan setiap ketentuan? Perlukah semua itu?
Terkadang, manusia menyangka apa yang telah dia lakukan itu adalah yang terbaik untuk semua. Dia merasakan apa yang dia putuskan akan menyenangkan dan menggembirakan semua pihak. Tapi, dalam tak sedar, dia sebenarnya menyusahkan semua orang. Dia menyedihkan semua pihak.
Dia merasakan bahawa apa yang dia punya itu sudah sangat bagus. Tapi, dalam tak sedar, sebenarnya, apa yang oarang lain miliki itu jauh lebih baik daripada kepunyaanya. Sehinggakan dia sanggup memperlekehkan hak milik orang lain. Ya, mungkin apa yang dia miliki itu sudah banyak melalui liku kehidupan. Sudah banyak memberi jasa kepada yang memerlukan.
Sesungguhnya dia tidak sedar sama sekali bahawa hak kepunyaan orang lain yang baru memulakan langkah sudah pun mencapai cita-cita. Sudah jauh meraih kejayaan tanpa mencalarkan imej mereka.
Manusia, siapa pun dia... Makhluk ini takkan pernah mahu dirinya dipandang serong. Hurm... Mungkin sebab ini agaknya dia mengangung-angungkan apa yang ada pada dirinya. Tapii... Apa yang dia dapat? Kepuasan? Kehormatan?
Berkekalankah kehormatan yang dia dapat dengan cara itu? Berbaloikah kepuasan yang dia dapat dengan kaedah sebegitu?
Huh! Konon, dialah yang terbaik. Mampu menerima setiap kekurangan orang lain. Sorang yang berfikiran terbuka. Seorang yang berjiwa lapang... Tapi dia tidak sedarkah bahawa kerana dialah semua orang runsing, resah, tertekan dan lemah?
Tahu sangatkah dia tentang semua orang sampai dia kononnya mampu menerima semua orang? Adakah dia ada sewaktu setiap sejarah hidup semua orang dilakonkan? Adakah dia disaat masa lalu setiap orang?
Diam! Aku tidak mahu mendengar suara itu. Suara yang membanggakan dirinya sendiri. Suara yang suka menjatuhan orang lain. Suara yang sering mengaibkan orang lain. Diam!
Pergi! Pergi kau jauh-jauh wahai suara yang bongkak! Jangan pernah kau menghadirkan diri di corong telinga aku lagi. Pergi!
Cukuplah dengan semua lakonan kau itu. Plastik semua itu! Kau sedar atau tidak wahai manusia yang hanyalah pelakon tambahan? Bukan pelakon Hero atau Heroin.
Aku mohon. Tolonglah... Tolong lepaskan aku dari semua belenggu ini................
Inilah dia... Inilah dia realiti... Bukan fantasi... Drama sebuah kehidupan... Drama yang takkan pernah habis sehingga tamat riwayat seorang manusia itu...
Inilah dia... Inilah dia realiti... Bukan fantasi... Drama sebuah kehidupan... Drama yang takkan pernah habis sehingga tamat riwayat seorang manusia itu...
No comments:
Post a Comment