Showing posts with label layan perasaan. Show all posts
Showing posts with label layan perasaan. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Cerita Kita...

Ahad, 5/09/2010

Rajin aku bangun pagi hari ni. Maklumlah ayah yang kejutkan. Katenye nak pergi cari kasut untuk along. Dia baru balik Jumaat hari tu.

Forget about that and focus about 'him'. Setakat ni, dia terlalu concern dengan aku. Bertanye "kenape ni? okey tak?" setiap kali dia perasan yang aku sedang termenung and jawapan annoying aku, "mane ade pape," 

Dia lelaki yang kalut sedikit tapi kerjanye tip top! Kekalutan dia selalu buat aku senyum sorang-sorang. Selalu kot! Tak ke orang kate aku ni gile?

kerinduan aku terhadap dia melahirkan rase syahdu dalam hati. Sayu pon ade. Ala... Rase macam nak menangis tu, tapi tak boleh nak menangis. Ha... macam tula rasenye.

Kenape ntah, susah sangat dia nak berterus terang dengan aku. Ini bikin gua penasaran ni! 

Ye, aku tau susah untuk dia berterus terang memandangkan dia pernah terluka. Tapi, aku ni ta sabar-sabar nak tau ape perasaan dia dekat aku.. Perasaan suka-suki je ke, perasaan main-main ke, perasaan cinta remaja ke?

Gatai kepale otak aku pikio...

Sekarang ni, pergi balik sekolah same-same. Sampai kitorang jadi perhatian guru! Best dowh jadi popular! Semua cikgu panggil semate-mate nak tanye tentang kami berdua.

Majorit, support! Yes!

Yang tak support pon ade je.. Katenye, banyak lagi waktu, belajar dulu esok dah kerje nanti bercinta la. Nak kahwin pon tak pe, saye sokong.. tapi, sekarang bukan mase awak berdua bercinta lagi.. Faham?

Ha.. macam tu la ayat dia.

Bile aku cakap "Mane ade saye bercinte dengan dia cikgu," dikatenye aku menipu.

"Awak ingat saye ni bute ke? Pergi balik sekolah same-same, ape tu? Bukan bercinte ke namenye?"

Aku pon ape lagi tunggu, sedas la! "Hek eh cikgu ni. Kitorang pergi balik sekolah same-same sebab rumah kitorang dekat. Orang kate ape, sehala. Bukan bercinte!"

Ape lagi aku kene bash la dengan cikgu tu. Habih dicanangnye name aku. Bertuah punye cikgu!

Haih, sebab ko je mamat.. Aku rele kene bash ngan cikgu-cikgu. 

Tapikan, kadang-kadang aku rase menyesal sebab jumpe dia sekarang. I mean, kenape tak jumpe dia mase yang sepatutnye. Waktu aku da habis belajar ke, waktu aku dah umur 20-an ke.. Kenape sekarang? Aku takut!!!!!!

Aku dengan dia tengah main tarik tali ni. Siape yang mulekan. Ala, macam lagu Elyana, Tarik tali tu... Hehehe~

Apela akan terjadi pada perasaan ni ye?
Bersambung...

Tuesday, April 15, 2014

Cerita Kita...

Mengapa begitu sukar perasaan ini untuk diungkap? Sakitnya... Terasa pedih menyusuk jauh hingga ke lubuk hati. Tubuh terasa lesu setiap kali teringat peristiwa yang lalu...

Rabu, 1/09/2010

Aku, bukanlah insan suka mencoret perasaan... Tetapi apa yang ku rasa kini sudah tidak mampu untuk aku tanggung sendiri.

Bingung dengan perasaan yang melanda! Dia sentiasa hadir di dalam khayalan ku. Dia selalu punya waktu untuk mendengar luahan ku. Dia sering sependapat dengan ku. Membuatkan aku semakin dibuai perasaan yang aneh.

Adakah ini cinta? Atau hanya satu perasaan yang hadir bilamana remaja meningkat usia? Adakah dia yang ditakdirkan untuk memelukku meredakan resah, diakah yang didatangkan untuk memimpinku bila aku leka? Diakah insanya? Aku bingung! Bingung!

Bantu aku Ya Allah...! Jika ini cinta, hentikannya! Aku... Aku takut... Takut akan kehilangan cinta ini... Ah!

Hari ini.. Dia...

"Beb, esok ponteng nak?" Nana si pemberi cadangan..

"Okey jugak tu!" Disambut pula Bella dan si dia..

"Huh? Mane boleh! Mak aku mane bagi ponteng!" Aku... si pembantah!

Dalam sebuk mencari solusi... Si dia mengalah...

"Tak pelah.. Kalau macam tu, aku temankan ko la pergi sekolah.. Tak pelah.. Aku tak jadi la ponteng.."

Prihatin... Ya! Prihatin! Si dia yang sangat prihatin terhadap ku... Aku dibuai lagi... Lagi.. dan lagi...

Tetapi..... Entah la.. Si prihatin ini juga yang sering membuat aku pusing! Lemas! Rimas! Ada saja yang tak kena! Membahan aku tak pernah sudah.. Di saat aku mula meradang, dia mempamirkan wajah yang tenang, redup... Marah aku??? Pufff! Hilang! Just like that!

What the???!!!

Mudahnya dia memainkan perasaan ini... Jangan besok lusa kau tinggalkan aku sudah! Aku sembelih kau!!!

Bersambung...


Friday, July 20, 2012

Kehidupan ini...

Hidup ini sebenarnya satu landasan. Landasan yang penuh dengan cerita dan sejarah. Ada yang menceriakan. Ada jugak yang mendukakan. Tapi, itulah keindahan sebenarnya.

Huh... Manusia. Makhluk ini takkan terlepas dari mengeluh. Takkan lari dari mempersoalkan setiap apa yang berlaku. Takkan jemu bertanya "Kenapa semua ini terjadi...?" Takkan lupa berkata "Hidup ini penatlah..."

Sedangkan kita semua tahu Tuhan tak semestinya memberi apa yang kita mahu. Tapi, Tuhan semestinya memberikan apa yang kita perlu. Sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala yang baik atau yang buruk. Tapi, kenapa kita masih mempersoalkan setiap ketentuan? Perlukah semua itu?

Terkadang, manusia menyangka apa yang telah dia lakukan itu adalah yang terbaik untuk semua. Dia merasakan apa yang dia putuskan akan menyenangkan dan menggembirakan semua pihak. Tapi, dalam tak sedar, dia sebenarnya menyusahkan semua orang. Dia menyedihkan semua pihak.

Dia merasakan bahawa apa yang dia punya itu sudah sangat bagus. Tapi, dalam tak sedar, sebenarnya, apa yang oarang lain miliki itu jauh lebih baik daripada kepunyaanya. Sehinggakan dia sanggup memperlekehkan hak milik orang lain. Ya, mungkin apa yang dia miliki itu sudah banyak melalui liku kehidupan. Sudah banyak memberi jasa kepada yang memerlukan.

Sesungguhnya dia tidak sedar sama sekali bahawa hak kepunyaan orang lain yang baru memulakan langkah sudah pun mencapai cita-cita. Sudah jauh meraih kejayaan tanpa mencalarkan imej mereka.

Manusia, siapa pun dia... Makhluk ini takkan pernah mahu dirinya dipandang serong. Hurm... Mungkin sebab ini agaknya dia mengangung-angungkan apa yang ada pada dirinya. Tapii... Apa yang dia dapat? Kepuasan? Kehormatan?

Berkekalankah kehormatan yang dia dapat dengan cara itu? Berbaloikah kepuasan yang dia dapat dengan kaedah sebegitu?

Huh! Konon, dialah yang terbaik. Mampu menerima setiap kekurangan orang lain. Sorang yang berfikiran terbuka. Seorang yang berjiwa lapang... Tapi dia tidak sedarkah bahawa kerana dialah semua orang runsing, resah, tertekan dan lemah?

Tahu sangatkah dia tentang semua orang sampai dia kononnya mampu menerima semua orang? Adakah dia ada sewaktu setiap sejarah hidup semua orang dilakonkan? Adakah dia disaat masa lalu setiap orang?

Diam! Aku tidak mahu mendengar suara itu. Suara yang membanggakan dirinya sendiri. Suara yang suka menjatuhan orang lain. Suara yang sering mengaibkan orang lain. Diam! 

Pergi! Pergi kau jauh-jauh wahai suara yang bongkak! Jangan pernah kau menghadirkan diri di corong telinga aku lagi. Pergi!

Cukuplah dengan semua lakonan kau itu. Plastik semua itu! Kau sedar atau tidak wahai manusia yang hanyalah pelakon tambahan? Bukan pelakon Hero atau Heroin. 

Aku mohon. Tolonglah... Tolong lepaskan aku dari semua belenggu ini................

Inilah dia... Inilah dia realiti... Bukan fantasi... Drama sebuah kehidupan... Drama yang takkan pernah habis sehingga tamat riwayat seorang manusia itu...